Terkini

Tuesday, May 21, 2013

Wisata Madani Turki 2013


20 Mei 2013, Sepang - Seramai 3 orang relawan iaitu Sdr Huzaifah (kiri), Sdr Najmudin (tengah) dan Sdr Anwar (kanan) akan meneruskan misi dokumentari wisata madani Turki yang telah berjalan sejak setahun yang lalu. Misi kali ini bagi merakam detik pembukaan Kota Konstantinopal mendapatkan beberapa bahan bagi melengkapkan dokumentari tersebut.

Mereka akan berada di sana selama dua minggu manakala sdr Anwar akan menetap selama 4 bulan bagi mengikuti kelas bahasa Turki. Semoga misi ini berjalan lancar dan berjaya.

Jejak Pattani 2013


Gambar relawan Pattani ketika majlis aqiqah anak Puan Ain Najwa, Setiausaha Kewangan (SUK) GPTD


19 Mei 2013, Greenwood - Seramai 7 orang relawan Jejak Pattani termsuk daripada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pertama kali penyertaan daripada mahasiswa Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) telah berrangkat ke Pattani dalam misi menjalankan projek kajian dan sosio budaya di wilayah Pattani.

Insyallah mereka akan berada di sana selama seminggu. Projek ini juga mendapat sokongan daripada Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Semoga projek ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.

Monday, May 13, 2013

Tahniah SUK GPTD Atas Kelahiran Putera Sulung

Tahniah diucapkan kepada Puan Ain Najwa Badrul Amin, Setiausaha Kewangan GPTD dan suami atas kelahiran putera sulung mereka seberat 2.37kg telah selamat lahir 10 Mei 2013, 4.15am di Hospital Selayang. Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan kepada ibu dan anak hendakNya.

Wednesday, April 10, 2013

Mari Mengenal Rahsia Alam

Ilmu falak yang sudah lama dipinggirkan. Suatu ketika dulu, umat Islam cukup hebat dalam membaca fitrah pergerakan matahari dan bulan dalam menentukan banyak perkara. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia alam lebih lanjut. Ayuh ke sesi pengenalan percuma ini!

Sila hubungi 0176665958 untuk sebarang persoalan.

Tuesday, March 26, 2013

Takziah atas pemergian Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy, yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan UIAM, Sungai Pusu setelah solat jenazah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 26 Mac (hari ini) selepas zohor. Semoga Allah merahmati rahmat ke atas roh beliau Amin.


Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Tahniah kepada Pengasas GPTD

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengasas GPTD, Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman yang juga Timbalan Presiden WADAH Wadah Pencerdasan Umat, Pengerusi GPM Global Peace Mission (GPM) Malaysia serta Pengerusi FGN kerana telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Union of NGOs of The Islamic World (UNIW).

Beliau juga adalah Pengasas dan Ahli Majlis UNIW (Malaysia) selama 3 penggal di samping menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti. semoga dengan perlantikan ini dapat mengembangkan lagi kerja-kerja di seluruh dunia.

Monday, March 18, 2013

Yok Serbu DOH!!!



Dijemput kepada semua untuk ke Diskusi Obat Hati (DOH). Ianya adalah siri diskusi grup umum menjemput tokoh-tokoh jemputan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. DOH kali ini menampilkan pengasas GPTD, Ahmad Azam Ab Rahman. 

Butiran lanjut seperti di poster:


Tahniah Datuk Baha Zain Sasterawan Negara ke-12

Di kesempatan ini, GPTD ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada SN Dato Baha Zain atas anugerah Sasterawan Negara ke-12 baru-baru ini.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi pemangkin kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam memperjuangkan bahasa dan bangsa tidak kira di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Klik SINI untuk berita penganugerahan beliau.