Kursus

(1) KURSUS FAHAMI RAHSIA ALAM


Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Nik Abdul Rahman Hj Mustapha yang menyusun modulnya tersendiri berkenaan ilmu falaq syarie yang tidak begitu popular pada zaman kini. Ustaz telah mempelajari ilmu falaq syarie dan astronomi berdasarkan kitab Arab dan Inggeris seperti berikut:

1. Berguru dengan Almarhum Haji Nik Ismail “Khatib” Bin Haji Nik Abdul Rahman
2. Kitab "Qawaid Al-Miqat 1" berguru dengan Almarhum Haji Abdul Rahman “Bilal” Bin Husin
3. Kitab "Qawaid Al-Miqat 2" berguru dengan Almarhum Haji Abdul Rahman “Miqat” Bin Hj Salleh
4. Buku "Astronomy for suveryor by J.B. Mackie" berguru dengan Dr Abdullah Daud, UTM Skudai 


Pengambilan pelajar baru untuk sesi 1/2013 hanya sekali sahaja bagi memastikan tiada pelajar baru yang masuk lewat dan tidak dapat memahami modul seterusnya kerana tertinggal modul-modul awal yang telah dipelajari.

Pengambilan untuk sesi kedua hanya akan diumumkan kelak.

Adalah diingatkan bahawa kelas yang dianjurkan ini hanyalah untuk mengajar Asas Ilmu Falaq Syarie. Kursus lanjutan akan disediakan apabila para pelajar sudah tamat kursus asas ini. Modul yang telah disediakan untuk kursus asas ini ialah:

BAB 1: Apa yang kita lihat dari bumi? Pelajar akan mempelajari mengenai bulan dan tabiat peredarannya, matahari dan tabiat peredarannya, dan bayang-bayang.

BAB 2: Maklumat yang boleh diperolehi daripada tabiat peredaran matahari iaitu kompas, tarikh, waktu solat dan arah kiblat.


BAB 3: Tabiat peredaran bulan mendedahkan kelajuan peredaran bulan dan tempat terbit dan terbenamnya bulan.

BAB 4: Kesan daripada tabiat peredaran matahari dan bulan berdasarkan saiz dan bentuk bulan.

BAB 5: Maklumat yang diperolehi daripada tabiat peredaran matahari dan bulan iaitu tarikh hijrah, penentuan awal bulan hijrah, pandu arah waktu malam, air pasang dan gerhana.



Untuk maklumat lanjut, sila tonton Sesi Pengenalan Kursus ini dalam video di bawah:



Tempat kelas diadakan:
(bersebelahan Masjid Asy-Syakirin, Bt 5 1/2 Jln Gombak)

Masa:
9.00 hingga 10.00 malam

Hari:
Setiap Khamis (bermula 25 April 2013)


(2) KURSUS BAHASA TURKI

0 comments: